Tuesday, April 3, 2012

PERTANDINGAN EJA,BACA, KIRA DAN BERCERITA



Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira dicadangkan diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Masjid Tanah dengan kelolaan SK Masjid Tanah sebagai tuan rumah mengikut ketetapan mesyuarat PKPK Kelompok 7 kali kedua pada 19 Oktober 2011.

Namun begitu keputusan Jawatankuasa Pengelola Induk pada 21 Oktober 2011 telah menetapkan perubahan tempat pertandingan setelah mengambil kira keupayaan PKG Masjid Tanah menampung kapisiti peserta. Tempat pertandingan telah diubah ke Dewan SK Masjid Tanah.Pertandingan dilaksanakan pada 31 Oktober 2011 di Dewan SK Masjid Tanah bermula jam 7.45 – 1.00 petang.

1.1  LATAR BELAKANG PERTANDINGAN

Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh PKPK setiap kelompok dengan anjuran Unit Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka. Setiap tahun sekolah akan diberikan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan pertandingan ini. Pada tahun ini, Unit Pemulihan Khas, JPNM telah memilih SK Masjid Tanah sebagai tuan rumah bagi pertandingan tersebut.


1.2  OBJEKTIF PERTANDINGAN

            Pertandingan ini bertujuan untuk :
i.                    Memberi peluang kepada murid pemulihan khas untuk melibatkan diri dalam pertandingan koakademik.
ii.                  Meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan murid dalam penguasaan 3M.
iii.                Melahirkan murid yang berpengetahuan luas dan modal insan yang berkeyakinan tinggi.
 
1.3  ACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUP

Pembukaan Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira dimulakan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola iaitu Tuan Haji Othman Bin Ahmad yang merupakan Guru Besar SK Masjid Tanah pada jam 8.40 pagi Acara pertama yang dijalankan adalah pertandingan bercerita.

Setelah tamat acara terakhir iaitu pertandingan eja, perasmian penutup Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira disempurnakan oleh Encik Harun Bin Bakri, Penyelia Kanan Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah tepat jam 12.30 tengah hari.

Keputusan pertandingan bercerita

Bil
Nama
Sekolah
Kedudukan
1
Nur Najwa Sheerina Bt Daud
SK Bukit Beringin
Johan
2
Rizuan Bin Abu Samah
SK Ayer Limau
Naib Johan
3
Mohd Nur Hisham
SK Durian Daun (K)
Ketiga

Keputusan pertandingan membaca

Bil
Nama
Sekolah
Kedudukan
1
Nor Azalina Bt M.Norizan
SK Ayer Limau
Johan
2
Mohd Shah Ezany Bin Zainal
SK Ramuan China Kechil
Naib Johan
3
Aiman Hakimi Bin Abdul Ghafar
SK Sungai Siput
Ketiga

Keputusan pertandingan eja

Bil
Nama
Sekolah
Kedudukan
1
Muhammad Afiq Hamdan
SK Ramuan China Besar
Johan
2
Mohd Zainul Ariffin
SK Ramuan China Kechil
Naib Johan
3
Mohd Nur Hisham
SK Durian Daun (K)
Ketiga

Keputusan pertandingan kira

Bil
Nama
Sekolah
Kedudukan
1
Tai Yit Fang
SJK(C) Masjid Tanah
Johan
2
Muhammad Afiq Hamdan
SK Ramuan China Besar
Naib Johan
3
Amar Amirul Ahmad
SK Ramuan China Kechil
Ketiga


 Sekitar hari pertandingan

Para penonton khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh peserta pertandingan

pemenang bergambar kenang-kenangan bersama guru masing-masing.

Apa agaknya yang dibincangkan oleh dua orang cikgu tu??

Tersenyum puas guru-guru bila anak murid mereka dinobatkan sebagai pemenang.


No comments:

Post a Comment