Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira
dicadangkan diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Masjid Tanah dengan kelolaan
SK Masjid Tanah sebagai tuan rumah mengikut ketetapan mesyuarat PKPK Kelompok 7
kali kedua pada 19 Oktober 2011.
Namun begitu keputusan Jawatankuasa
Pengelola Induk pada 21 Oktober 2011 telah menetapkan perubahan tempat
pertandingan setelah mengambil kira keupayaan PKG Masjid Tanah menampung
kapisiti peserta. Tempat pertandingan telah diubah ke Dewan SK Masjid Tanah.Pertandingan dilaksanakan pada 31 Oktober
2011 di Dewan SK Masjid Tanah bermula jam 7.45 – 1.00 petang.
1.1
LATAR BELAKANG PERTANDINGAN
Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira
merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh PKPK setiap kelompok dengan
anjuran Unit Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka. Setiap tahun sekolah
akan diberikan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi menjayakan
pertandingan ini. Pada tahun ini, Unit Pemulihan Khas, JPNM telah memilih SK
Masjid Tanah sebagai tuan rumah bagi pertandingan tersebut.
1.2
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Pertandingan ini bertujuan untuk :
i.
Memberi
peluang kepada murid pemulihan khas untuk melibatkan diri dalam pertandingan
koakademik.
ii.
Meningkatkan
keyakinan diri dan keupayaan murid dalam penguasaan 3M.
iii.
Melahirkan
murid yang berpengetahuan luas dan modal insan yang berkeyakinan tinggi.
1.3 ACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUP
Pembukaan Pertandingan Bercerita, Baca,
Eja dan Kira dimulakan ucapan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola iaitu Tuan
Haji Othman Bin Ahmad yang merupakan Guru Besar SK Masjid Tanah pada jam 8.40
pagi Acara pertama yang dijalankan adalah pertandingan bercerita.
Setelah tamat acara terakhir iaitu
pertandingan eja, perasmian penutup Pertandingan Bercerita, Baca, Eja dan Kira
disempurnakan oleh Encik Harun Bin Bakri, Penyelia Kanan Unit Pengurusan
Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah tepat jam 12.30 tengah hari.
Keputusan pertandingan
bercerita
Bil
|
Nama
|
Sekolah
|
Kedudukan
|
1
|
Nur Najwa Sheerina Bt Daud
|
SK Bukit Beringin
|
Johan
|
2
|
Rizuan Bin Abu Samah
|
SK Ayer Limau
|
Naib Johan
|
3
|
Mohd Nur Hisham
|
SK Durian Daun (K)
|
Ketiga
|
Keputusan pertandingan
membaca
Bil
|
Nama
|
Sekolah
|
Kedudukan
|
1
|
Nor Azalina Bt M.Norizan
|
SK Ayer Limau
|
Johan
|
2
|
Mohd Shah Ezany Bin Zainal
|
SK Ramuan China
Kechil
|
Naib Johan
|
3
|
Aiman Hakimi Bin Abdul Ghafar
|
SK Sungai Siput
|
Ketiga
|
Keputusan pertandingan eja
Bil
|
Nama
|
Sekolah
|
Kedudukan
|
1
|
Muhammad Afiq
Hamdan
|
SK Ramuan China
Besar
|
Johan
|
2
|
Mohd Zainul
Ariffin
|
SK Ramuan China
Kechil
|
Naib Johan
|
3
|
Mohd Nur Hisham
|
SK Durian Daun
(K)
|
Ketiga
|
Keputusan pertandingan kira
Bil
|
Nama
|
Sekolah
|
Kedudukan
|
1
|
Tai Yit Fang
|
SJK(C) Masjid
Tanah
|
Johan
|
2
|
Muhammad Afiq
Hamdan
|
SK Ramuan China
Besar
|
Naib Johan
|
3
|
Amar Amirul
Ahmad
|
SK Ramuan China
Kechil
|
Ketiga
|
Sekitar hari pertandingan
|
Para penonton khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh peserta pertandingan |
|
pemenang bergambar kenang-kenangan bersama guru masing-masing. |
|
Apa agaknya yang dibincangkan oleh dua orang cikgu tu?? |
|
Tersenyum puas guru-guru bila anak murid mereka dinobatkan sebagai pemenang. |