Monday, September 26, 2011

Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

Saya memuji usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian khususnya Jabatan Pendidikan Khas yang telah berusaha bagi memudahkan lagi pihak guru-guru untuk mengenal pasti murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid disleksia.Sekiranya kita lihat tiada perbezaan yang nyata jika dibandingkan murid-murid ini dengan murid biasa. Namun dengan adanya Instrument Senarai Semak Disleksia (ISD) ini, kita sebagai guru akan lebih mudah untuk mengenal pasti murid yang bercirikan murid berkeperluan khas ini.
Jesteru itu, kita telah membuka lembaran baharu buat murid-muird ini untuk belajar mengikut keupayaan dan keistimewaan mereka. Mereka berhak untuk mendapat apa yang sepatutnya mereka punyai. Namun begitu, sebagai guru kita tidak seharusnya sewenang-wenagnya melabelkan murid sebagai murid berkeperluan khas tanpa adanya pengesahan pegawai perubatan yang bertauliah.
Sebagai guru juga tidak seharusnya ada sifat putus asa dalam diri dalam mendidik anak murid pemulihan, harus kita ingat kata pepatah " belakang parang kalau diasah kan tajam jua". Begitu la jua murid pemulihan.